Wednesday 7 May 2014

try

As'salam...
Rindu menjengah di tgh kekalutan fizikal mental.

Aku mencuba sesuatu yg br...

Friday 21 March 2014

Sesekali Tinta Berbicara....

 
Assalamualaikum...
salam hari sabtu...
hari ini bermula cuti pertengahan tahun persekolahan untuk Tahun 2014...
sesekali menjengah ke blog yg lama sunyi tanpa coretan bait-bait kata...
rindu bertandang untuk meluahkan di skrin bercahaya ini...
bermula bercuti dengan pelbagai rancangan yg dirancang utk keluarga, sekolah dan diri sendiri...
maklumla....sekarang keluarga dah bertambah ahli...
makin sibuk...
sejak ada si kecil ni belum sempat lagi menjengah blog kesayangan ku ini...

 
Permata hati yg ke-4...


sekarang dah berusia tujuh bulan...cepatnya rasa masa berputar...cepat dia membesar...mengisi keriuhanku yang semakin ramai penghuninya...

semoga kehadirannya aku bertambah bersemangat untuk hidup...disamping suami, dan anak...

Wednesday 14 August 2013

puasa ari yg ke -12

Assalamualaikum??? lama x update blog ni....ni guna tel en suami....     ari ni selesai bbuka ari yg ke -12... aku masih mampu dgn kuasa ALLAH meneruskan ....alhamdulillahh....ari ni bbuka dgn nasi ayam...buat sendiri 2....
Anak2 suka....sampai licin...caya lah mmg puas ati...bila buat sndiri ...
ingat hati tu nak update guna tel tp jadi draf sj ...last2 lena update guna komputer anak...
emmmm....nasib la...
nak masuk gambar lagi la x dapat sbb gambar x dak dlm komputer ni...

tgk ni pun menyelerakan...

masak biasa2 sj ...w/pun x larat nak buat ...tp kesian anak2 terpaksa buat jg...akhirnya berjaya...jg...
dlm keletihan siap juga juadah utk berbuka puasa ni...

Monday 3 June 2013

Assalamualaikum....

cuti sekolah bermula tp thn ini aku sibuk dgn akt sekolah dan urusan rumah tangga...
dok kat rmh ni mmg best...x payah fikir apa2 yg penting makan ada pakai ada....anak2 biasa la...
cuti nak ajak jln sana, nak ajak jln cni...

tapi sekrg anak2 spt faham...knapa mak mereka malas nak keluar...
mak x blh lasak2 sgt...cepat letih...

bulan lapan ni mula la seorg ahli baru dlm keluargaku...
meriah lagi la...anugerah Allah...rezeki dari Allah...aku bersyukur sgt2..
selepas belajar inilah anugerah yg ALLAH berikan...banyak sgt x terbilang byknya...

selepas ni mungkin nak update blog pun x dan...mana dgn nak jaga baby, urus rumah tangga dan urusan sekolah...
semoga ALLAH memberi kekuatan untuk aku membentuk anak2 menjadi anak yg soleh dan solehah...amin

Gambar kenangan Konvokesyen Disember 2012

Gambar kenangan mengimbau kenangan bersama keluarga tersayang semasa menghadiri konvokesyenku...
akhirnya aku berjaya menggenggam segulung ijazah yg dulunya terasa payah utkku...
aku sendiri x menyangka aku mampu...mungkin itu ketentuan dari ALLAH...siapa yg tahu...
keluarga, anak2, kejayaan, rezeki di mana kita, bagaimana keadaan kita, semuanya dtentukan ALLAH...
Aku bersyukur atas semua rahmat dan anugerah yg tidak terhingga sehingga sekarang...

Rahmat bahagia, keluarga, anak2, rezeki, semuanya milikNYA....

Aku berharap aku dapat menjadi insan yang sentiasa bersyukur dan sentiasa pemurah dengan anugerah yg telah dikurniakan ini...amin

kepada suami...Alhamdulillah dengan apa yg kita kecapi....
kepada anak2...mak doakan yang terbaik untuk semua...semua kalian menjadi anak2 yg soleh dan solehah serta berjaya di dunia dan di akhirat...amin

Saturday 8 December 2012

kongsi resepi....

try jgn x try......


RESEPI DURIAN CREPE

BAHAN BAHAN :

250 gm tepun gandum
1 sudu kecil tepung ubi
2 biji telur
500 ml santan
1/ 2 sudu kecil garam
1 sudu kecil paste pandan ( untuk warna hijau)
1 sudu besar butter (di cairkan )
2 sudu besar gula halus @ castor


CARA CARA

1. Satukan kesemua bahan dan kacau hingga adunan sebati.
2. Masukkan santan sedikit sedikit untuk mengelakkan adunan berketul. Untuk adunan lebih halus masukkan ke dalam blender dan tapis ke dalam bekas.
3. Panaskan kuali (non stick pan) dan sapu sedikit minyak. Masukkan satu senduk adunan dan ratakan menggunakan belakang senduk atau lenggangkan kuali.
4. Masak hingga lempeng masak dan tidak perlu diterbalikkan. Ulang hingga adunan habis di masak.


INTI:

200 gm krim putar (non dairy) ~ putar hingga kental
Isi durian secukupnya


CARA MELIPAT:

1. Alas kepingan lempeng di atas plastik.
2. Sudukan krim putar di tengah-tengah lempeng. Kemudian letak inti durian dan lapiskan kembali dengan krim putar .
3. Lipat kiri dan kanan lempeng dan jadikannya seakan bantal.
4. Sedia untuk dihidangkan.
rumah sapa banyak derian, boleh lah cuba2 buat...
:D

RESEPI DURIAN CREPE 

BAHAN BAHAN :

250 gm tepun gandum
1 sudu kecil tepung ubi
2 biji telur
500 ml santan 
1/ 2 sudu kecil garam
1 sudu kecil paste pandan ( untuk warna hijau)
1 sudu besar butter (di cairkan )
2 sudu besar gula halus @ castor


CARA CARA

1. Satukan kesemua bahan dan kacau hingga adunan sebati. 
2. Masukkan santan sedikit sedikit untuk mengelakkan adunan berketul. Untuk adunan lebih halus masukkan ke dalam blender dan tapis ke dalam bekas.
3. Panaskan kuali (non stick pan) dan sapu sedikit minyak. Masukkan satu senduk adunan dan ratakan menggunakan belakang senduk atau lenggangkan kuali.
4. Masak hingga lempeng masak dan tidak perlu diterbalikkan. Ulang hingga adunan habis di masak.


INTI:

200 gm krim putar (non dairy) ~ putar hingga kental
Isi durian secukupnya


CARA MELIPAT:

1. Alas kepingan lempeng di atas plastik. 
2. Sudukan krim putar di tengah-tengah lempeng. Kemudian letak inti durian dan lapiskan kembali dengan krim putar .
3. Lipat kiri dan kanan lempeng dan jadikannya seakan bantal.
4. Sedia untuk dihidangkan.

2012....Tahun yg cukup bermakna...

Assalamualaikum....
Tahun ini cukup bermakna...pelbagai yang telah ditempuhi bersama keluarga tercinta...
kerja, rumah, anak2, suami...
aku sentiasa bersyukur kerana dikurniakan sumber kekuatan untuk aku teruskan hidup ini...
alhamdulillah...
Tahun ini anak sulungku akan menghadapi satu peperiksaan yang penting...PMR...
aku sentiasa doakan agar dia berjaya mendapat keputusan 8A
In syaa Allah....

Anak keduaku kini dah masuk Tahun 5...
aku biarkan dia belajar sambil bermain...
memang betul2 dia main...
Tapi tahun depan dia kena pulun...
sebab Tahun depan dia akan menduduki UPSR...
doaku semoga dia berjaya memperolehi 5A
In Syaa Allah...



Anak ketigaku makin nakal...
org x kacau dia...
dia kacau org...
hemmmm...dah masuk 4 tahun...
cepat belajar apa sahaja yg di ajar....
cepat hafal apa saja yang diajar...
tahun depan kena masuk Pra 6 tahun w/pun umurnya baru 5 tahun...
hai entahla aku yg rimas takut x larat nak kejar dia kat sek nnt...
maklum la dia mmg semua nak buat sendiri...
aku takut nanti dia berani buat apa sahaja bila dah jumpa kekwn baru...
doaku kepada anak2 ku moga sentiasa berjaya dalam apa sahaja yg kalian pelajari dan berjaya menjadi anak yang soleh dan solehah...amin

Wednesday 5 December 2012

cuaca indah ari ni...

Assalamualaikum...
lama  x tulis sesuatu dlm blog ni...rupa2nya lama dah aku x update blog ni...
sampai nak buka ambik masa yg lama...
maklum la lupa mcm mana nak buka dah blog ni...
godek punya godek dpt buka jg...yes...